9 SEBAB HATI TIDAK TENANG

hai k0rang semua?? hoiy tiba-tiba tak da salam nieyh..?? oupppss!! s0ry ya k0rang.. ASSALAMUALAIKUM ! okeyh ari nieyh entry kita tajuk di atas tu oke.. :D k0rang study-study la yek kt bawah nieyh.. :)

 
1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAD DENGKI........
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO.......
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati..

kalau k0rang nak tenang or dapat membe macam nieyh haa harap bersabar ea and swuh dia amalkan s0lat n amalkan membaca al quran.. :D

daaaa~~

BILA PEREMPUAN MENANGIS

hai!hai!hai! korang pa khabaq!!( hah tudiaa ayat kedah kluaq dah..)  sihat kah k0rang??  okey n0w saya akan menceritakan tentang..." BILA PEREMPUAN MENANGIS" yes! of c0z k0rang tau an tajuk tuh sebabnya dh ada kt tajuk ats tuh.. :) apa la ayat aku pun dh terbelit0belit dah..hahh.. cian an perempuan menangis. nak tau lebih lanjut sila scroll kn ke bawah.. :D

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..

s0 renung-renungkan dan selamat beramal. :D

20 Jenis Lelaki Yang Dibenci Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini saya akan membentang kan.. jeng-jeng?? haha...sudah-sudah! skema sangat tuh ayat-ayat nieyh... ahak! :) back t0 our topic. "lelaki yang dibenci wanita" rite??.. 0keyh fine.. uolls know it that b0ys s0metime make problem with gurlz rite?? but...not all of boys d0 this problem.. :) haha.. sudah-sudah speaking nya cik kak oi... memang tunggang langgang la ayat english nya.. :)okeyh! sekarang nieyh j0m kita study-study sikit tentang t0pic di atas..
SELAMAT MEMBACA.. :)


1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nakmeninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak ialah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segalagerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktivitimereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka engganmelaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka iniberkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yangsuka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelakiselalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidaksemestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar  pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yangingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada  jugasesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam  alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata  duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apacerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering  dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjayatetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak  pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupunsebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalahkawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawakesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yangpengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pundia tak  sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak  sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak  ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberialasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau  ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasantidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,  mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si  dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikapmeghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya  sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadapanda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari  kesalahansendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemenHERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

hah?? apa macam k0rang?? da yang betul tak?? saya tau tak semua boy macam nie kan.. sesiapa yang dapat b0y macam nie harap bersabar ea.. :)

Thanksgiving Dalam Islam

Ketika hari Thanksgiving (Hari kesyukuran bagi orang Kristian) sedang disambut di Kanada, seorang lelaki non Muslim masuk ke dalam sebuah kedai yang dimiliki oleh orang Islam. Ketika berada di dalam, perhatiannya dicuri oleh sebuah kalendar yang tergantung di dinding. Lelaki itu ingin tahu kenapa bulan Oktober di dalam kalendar tersebut sangat berbeza jika dibandingkan dengan kalendar biasa yang ada di kebanyakan kedai. Cuti yang ada juga tidak ditandakan pada hari yang sama dengan kalendar lain.

Lelaki non Muslim itu kemudiannya berpaling kepada si pemilik kedai dan bertanya: "Adakah orang Islam meraikan hari Thanksgiving?"

Tanpa teragak-agak si pemilik kedai terus menjawab: "Sudah tentu kami sambut!"

Lelaki non Muslim itu tidak percaya, lalu dia berkata: "Apa yang kamu maksudkan dengan 'kami sambut'? Tidak ada satu pun Hari Kesyukuran ditandakan dalam kalendar kamu."

Si pemilik kedai melihat pelanggannya dengan senyuman di wajah: "Apa yang kamu tengok itu adalah kalendar Islam. Sebagai orang Islam kami tidak perlukan cuti khas untuk bersyukur kepada Pencipta kami atas setiap benda yang Dia telah kurniakan dan sediakan kepada kami. Setiap saat kami sentiasa bersyukur tak kira betapa kecil sekalipun berkat yang kami dapat."


Cerita ni aku copy paste dari sorang Muallaf berdarah Jamaica-Canada-French di Kanada. Stumble upon her blog while surfing. Credit to Laughing Muslimah for this story. Kesimpulannya, tiada masa spesifik untuk bersyukur. We can do it whenever we want. Allah bagi kita nikmat, kita ucap terima kasih kepada Dia. Kalau Dia tak henti-henti bagi kita nikmat, takkan la kita nak duk diam goyang kaki berlagak macam bos, ye dak?

luv 0Mbak Rindu :D

hye-hye :) saya sayang lagu nieyh and this the lyric of  OMBAK RINDU :D

Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Adira :

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hafiz :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Adira:

Kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku





almaklumlah baru g tengok filem ombak rindu .. memang best cita tuh .. hoho ..sampai sekarang terngiang-ngiang kan cita tu and aaron aziz ... hehe ..  sayang aaron aziz lah.. sweet sangat dia ngan maya karin ^_*  teringin nak lelaki yang macam aaron aziz tuh! dah la ensem sweet pulah tuh! OMG i need U :D mengada betul an dia nieyh haha .. tak pa lah mengada pun aku bukan korang :) ya tak ? hihihi  ... PEaCE yAw..

hang 0ut with bEstie :D

 ummm yeaahh ! hye ! assalamualaikum ! haa entry baru ! i like it :) haha okeyh conti with the new topic yeaahh ! oke-oke cukup lah tu kita cita ea..


 pagi-pagi dah kuar umh .. umm tak la pagi sangat an dalam pukul 10 c0z nak sambung cita with my fwen nie about she in JB :) ari kitorang nak kuar tu la my car already taken with my mom (ayat tak leyh blah ) .. haha.. cian kitorang kan.. tak da keta pun tak kisah sebab moto kan ada .. aku pun naik lah moto then sampai ja kat umah membe aku sorang nieyh moto dia tak da la plak sebab abang dia guna.. aduhh!! susah nieyh ..pikir punya pikir kami dapat satu idea !


 haaa idea dia first aku anta si ayu nieyh at CMART ja dulu then aku u-turn balik g amik membe aku ag sorang ..cian kitorang an kena wat keja banyak kali :) .. tapi tak kisah lah sebab kawan punya pasal aku sanggup lah nak berulang bapa kali pun.. hihi .. haaa nak tau cita apa?? ehhmm asa nya korang tak perlu taw laa ... nieyh rahsia-rahsia pompuan ja hihi :) sori ! tiba ja di CMART kami lepak ja lah kat situ .. tapi sayangnya CMART pun tak open ag .. haiyh malangnya nasib kami nieyh .. tak pa lah tunggu ja lah kat situ ..  tunggu punya lah tunggu..........


 b00m ! ting ! ting ! ting ! ting ! heeekk ! (brek lori ) nak tau apa bunyi tu?? haaa mesti tak sabar an hihi.. bunyi kemalangan antara lori trailer and keta storm ! highway changlun - jitra depan restoran YASMEEN .. huh!! lemah terus aku mna taknya ari nieyh aku naik moto ja and jadi depan aku lak uh ..tak la depan sangat tapi aku boley asa kemalangan tuh :(  huhu takot tu.. kemalangan tuh jadi sebabnya lori dari arah  BUKIT KAYU HITAM  memandu dengan lajunya sebab lampu isyarat waktu tu dah jadi kuning dah then keta storm nie pulak dia ingat sempat lah nak lintas ke arah jalan pauh tu padahal lampu isyarat dia tak hijau ag .. s00 jadi lah kemalangan .. s0 dua - dua salah dalam kemalangan nieyh !


okeyh! berbalik pada cerita kami dah abis kemalangan tu .. kami dah letih berdiri kami jalan-jalan lah dekat-dekat situ an sampai ja kat kerusi tu kami snap-snap la gambar ckit an sambil-sambil tunggu MYFC open sama :P hah nie lah hasilnya sambil tunggu-tunggu open ..


bersama ayu tersayang :D
bersama kawan-kawan :)


heee :) asyik sangat snap nie an tengok la jam ! upa - upanya dah pukul 11.30 dah ..sebenarnya da ag nieyh pic tapi letak yang nie dah la hihi~ kami pun lintas lah g myfc tuh .. oupppss stop ! kami bukan nak g makan at situ .. cuma teman aku g amik barang jaaa ..haha ... orite dah amik barang tu si ayu nie pulak nak sembang-sembang ngan budak at situ .. soo aku tunggu ja lah .. sambil dok tunggu tu an aku and mmbe aku sorang ag sempat lah berposing at pokok krismas nieyh ! hihi :D





then dah abis ja diorang sembang-sembang an kami pun g r masok dalam pasaraya cmart tuh ..  mula-mula tak tau nak masok wat pa an .. tiba-tiba kawan aku niyh ajak g makan steambot at HUSKI . tapi xleyh ag sebabnya HUSKI tak open ag uh ..pkir punya la pikir an membe aku ajak g r karaoke dulu .. aku xnyanyi pun okeyh :) mmbe ja nyanyi ..hihihi sampai la pukul 12.00 tgh ari .. kami g makan at HUSKI tu .. haha.. sedap jugak lah steambot at situ .. tapi sayangnya makan sampai dah ingat nak snap dh .. lama gak kami makan at situ .. agak-agak 2jam baru abis makan :D haha..

 okeyh r.. mengarut dah ayat aku nieyh.. dah xda idea nak wat karangan :) lepas makan kami balik umah ..
selesai ^_^

g00dbye lAngkaWi !! h0me! i'm baCk~

hye..hye..hye..!!

haha.. tercapai lorh aku nk p LANGKAWI! okeyh skunk kita Back to T0pic okeyh.. tajuk ntah ape2 kan ?  okay act aku rindu sangat2 kat rumah aku tuh! aku rindu nak bising2 kt adik2 aku.. hak2..~ eee tak sabarnya nak tunggu esok . ehh ada apa dengan esok ? esok HARI RAYA ! weeee , merepek apa ? okay okay , sebenarnya esok aku dah nak balik rumahh . rumah apa ? r kan dah beratus ribu kali aku cakap , yg now aku kt langkawi :) lama tahu tak dekat sini . aku datang sini 26hb 11 haritu . lama kan kan ? ehhh salah tuu , aku datang sini bukan pergi shopping , datang umah maksu jea la -,- datang melawat2 dia ja~

dari 26hb aku datang sini and now hari ni dah 6hb wooo , haa korang kiralah sendiri berapa hari . hikhikhik :) wow! 11 hari 10 mlm.. haha!! lamA gk uh aku d0k cni.. :)

okay bila dah ada kat tempat orang ni , jauhla kan dengan kawan kawan . aieee rindu sangat2 la dekat kawan2 and rindu bantal bushuk dekat rumah tuu . hiihi kantoi lhaaa :)

ehh , selama kat langkawi ney , aku ada la melawat beberapa tempat yang sememangnya aku tahu , korang pun pernah prergi kan . HAHA .. tp yang bestnya aku lah driver nya.. mna taknya maksu aku xshat then aku lah bawa anak-anak diorg g jalan-jalan sekitar lAngkawi~ :P best uh!

aku ade letak gambar  , tengok ler tengok lerr :D

nieyh kt PANTAI CENANG ! :D


di l0rong-l0rong ke jambatan di CABLE CAR / GUNUNG MAT CINCANG
>pEaCe<


Niyh kt Hospital LAngkawi~
sempat ag berposing c0z b0rink sgt dah.. :)


sewaktu tgk LIMA LANGKAWI..
then nieyh gmbar aku~ hah? I <3 Z?? siapa kah itu?? jeng-jeng~~ :)
selesai~